Kasih dan sayang memenuhi jiwa
Bersatu hati berperasaan cinta
Ditolak selalu diterima sekarang
Kebahagiaan rasa tidak terkata
Setiap hari setiap masa
Berada disisi duka dan bahagia
Janji yg manis sedap didengar
Apatah lagi diwaktu bercinta
Di dalam diam hati berubah
Cinta yg berputik menjadi pudar
Rasa cinta hilang sudah
Kerna kedatangan orang ketiga
Ke mana pergi janjimu dulu
Ke mana pergi kata-kata indahmu
Dengan begitu sahaja kamu melupakannya
Dengan begitu sahaja kamu melupakanku
Ku redha dan ku tabah
Kerna ku tahu akan ujian Allah
Akan ku doa kebahagiaanmu
Kerna itulah cinta sejati
Biarlah hati ini berduka
Agar dikau capai bahagia
Inilah kunamakan gelombang cinta
Adakalanya bercinta dan adakalanya berduka
~ku kian menanti waktu, ku kian menanti kamu~
Irfan Skywalkerz Copyright